Perjalananku Menuju ke Surau....

Wednesday, April 7, 2010

Jam Guess ku tepat menunjukkan pukul 12.15 tengah hari…perutku dah mula berbunyi lantas akalku menghantar pesanan untuk mengisi perut dengan nasi kukus dan sirap ais…..aku cepat-cepat menghabiskan kelas melihatkan pelajar-pelajar ku yang dah mula tak reti nak duk diam macam kucing kene pijak ekor….terlompat-lompat macam budak baru kenal dunia shuffle….bersembang macam makcik-makcik bergosip panas kat pasar…menekan keypad enset macam nak afundi artis-artis mee segera….macam-macam kerenah aku nengok….bukan setakat sakit hati....mata, gigi, perut, kepala lutut, tulang belakang, pancreas aku pon turut sakit melihat gelagat budak2 yang baru nak melangkah ke alam dewasa ni…

“Okey!! Minggu depan jangan luper bawak tugasan yang saya bagi tu. Kita akan sambung untuk unit seterusnya. Okey….Semua boleh balik. ” Jeritku sekuat mungkin. Seorang demi seorang keluar dari kelas. Dalam 9 orang ucap terima kasih sebelum keluar. selebihnya hanya menghadiahkan senyuman yang tak berapa nak ikhlas. Mungkin mereka juga kelaparan seperti aku…

Tanganku pantas meraba enset dalam beg Swiss Polo lantas menaip beberapa perkataan mengajak sahabatku si Yuszemaly untuk makan. Perjalananku menuju ke kedai nasi kukus mengambil masa 5minit..elok je aku sampai yusz dah tercegat kat depan kedai..
Tepat jam 1.45pm aku abes makan…dengan perut dan mata yang agak keberatan aku dan yusz menuju ke ofis…. Lepak jap kat ofis duk depan aircond sambil menghilangkan bau-bau nasi kukus yang melekat pekat kat seluruh baju.

Tepat jam 2.00pm Yusz lantang bersuara “Nomi, jom g surau”. Mataku yang sipi2 dah nak tertutup tetiba membulat segar dek kerana suaranya yang nyaring. “Ko jalan lu, nati aku menyusul” lemau je aku membalas ajakan tersebut. Yusz dengan yakin melangkah meninggalkan aku menuju ke surau. Tinggallah aku sorang2 lam ofis bertemankan bunyi aircond yang macam bunyi dalam peti sejuk…Begitu mendamaikan…aku cuba untuk melelapkan mataku semula namun usahaku nampaknya gagal. Aku pun mengikut jejak Yusz untuk ke surau.
Perlahan-lahan aku mengatur langkah menuju ke surau. Perjalanannya tak jauh, tapi aku perlu membuka 4 pintu termasuk pintu surau, 2 pintu untuk berwuduk dan tambah 1 pintu kalo nak melepaskan hajat.. sebelum sempat aku membuka pintu pertama, kedengaran suara dari belakang menyapa “Nomi!! Nak g mana tu?” aku lantas menoleh ke belakang “Haaa…zack” tanpa menjawab soalan yang diajukan aku mengikutnya masuk ke ofis HotCat (Hotel & Catering). “Zack, camane planning kite nak g karok malam ni, jadi ke” soalku sambil berjalan. Zack melabuhkan punggungnya ke kerusi empuk sambil menjawab “Eh, tak tau la, sebab malam ni aku ade keje sket ar” balas zack selamber…

Jam menunjukkan 2.35pm…lame gak aku berborak ngan zack ni…penat korek rahsia ngan minah ni.. tapi sekelumit hint pon aku tak dapat nak tangkap siapa sebenarnya jejaka misteri yang telah menambat hatinye…dengan hampa aku menamatkan saje perbualan ku dengannya ”okey ah zack aku nak g surau lu”…

Dengan iman yang senipis bawang, nipis lagi imanku, aku mengatur langkah yang lebih teliti menuju ke surau….oleh kerana aku berada di unit HotCat aku kene melalui Unit Pengajian Am yang merangkap ofis aku….Baru je kaki kiriku melepasi pintu Pengajian Am, terdengar suara ceria memanggil namaku….”Nomi!!! Meh makan goreng pisang ni, kopok goreng pon ader”….dengah senyuman aku mendekati meja Puan Azrina… Tanpa segan silu aku memasukkan goreng pisang yang rangup ke dalam mulut…”You ni dari mane nak ke mana” soal Azrina tanpa memandangku kerana sibuk dengan game restoran kat laptopnye…”I dari HotCat tadi nak g surau”….belum sempat aku menyuap goreng pisang kedua, belakangku ditepuk menyebabkan aku tersedak dan seleraku hilang….”hoiii Nomi, ko tak solat lagi ke?” soal Yusz dengan mata terbeliak ala-ala gaya nak marah student yang degil macam kambing….”Aku dah nak pegi tadi tapi kaki aku ni tetibe masuk balik ofis” jawab aku seikhlas yang mungkin…”banyak la ko punyer alasan” bidas yusz…

Jam menunjukkan pukul 3.05 pm. Selesai menjamu goreng pisang Azrina, aku pun melangkah dengan pantas menuju ke surau….akhirnya sampai jugak kat surau….kelihatan Sya tengah membetulkan tudungnya depan cermin…kak lin pulak tengah lipat telekung…semua orang dah selesai menunaikan kewajipan masing-masing…..kelihatan kak nida melepet kat dinding…”kenape kak nida? Muka cam xde mood je” sapaku untuk mengambil hati. “Kak nida tension lah, banyak keje tak settle lagi” balas kak nida tanpa senyuman….tension betol nih…”keje ape yang banyak sangat tu…alaaa kak nida, jangan tension2, kak nida buat satu2…Fokus satu2…jangan pikir banyak2…kalo tension rehat lu jap” nasihatku panjang yang diharapkan dapat membantu rakan seperjuangan menyelesaikan masalah…
Jam 3.15pm surau dah kosong. Tinggal aku sorang2 yang baru terkedek-kedek nak buka kerongsang kat tudung untuk berwuduk….tepat 3.30 pm aku selesai menunaikan solat fardhu Zohor….hati terasa tenang bagai awan2 putih di kala cuaca panas…..ketika aku nak melangkah keluar dari surau kelihatan 2-3 orang baru nak masuk surau…”ade lagi orang yang lebih sibuk dari aku” hatiku berbicara sendiri….

Moral of the story jangan lah melengah-lengah kan solat. Kerana ia sangat tidak elok. Bersyukur lah dengan nikmat yang telah dikurniakan dengan begitu sempurna oleh-Nya….Alhamdulillah….

0 comments:

/baca /bye /ding /hore /joget
/kembik /love /marah /melet /mencak
/nangis /ngayal /puyeng /serem /stres

Post a Comment