aYat-ayaT PoWeR dak-dak PuAka....

Tuesday, March 31, 2009

Cinta…………
Cinta itu luas….seluas maksudnya….
Cinta itu indah….terlalu indah untuk dibayangkan…
Kadang-kadang cinta itu pahit….tersangat pahit untuk ditelan…
Ada cinta yang terlalu tulus dan ikhlas…
Namun ada juga cinta yang tak ada maksud dan kosong…
Yang memang tiada pengertian dan penuh dengan penipuan.….
Cinta bagaimanakah yang harus aku pilih….
Yang perlu aku junjung……yang perlu aku setia….
Selama ini cinta hakiki lah yang memimpin aku….yang tidak pernah meninggalkan aku…
Namun aku tidak dapat lari dari cinta yang fana…..
Kerna aku punya hati dan perasaan….
Kerna aku insan yang lemah dengan godaan nafsu….
Alangkah indahnya dunia sekiranya cinta itu tidak pernah menipu…
Alangkah indahnya dunia sekiranya cinta itu hadir di dalam hati insan yang dicintai…..
Cinta itu pasti hadir…..
Ku mengharapkan cinta yang abadi yang disulami dengan keimanan dan keikhlasan….
Bukannya cinta yang bersulamkan nafsu yang penuh dengan kebencian dan penipuan…..
EverGreen..


Lihatlah air mata yang mengalir kerana kuasa cinta…
Dengarlah keluhan hati dek seksaan cinta…
Sampaikah aku pada ketika cinta sentiasa mekar tanpa sedikit noda…
Memang cinta pasti hadir….
Tapi dapat ku rasa ia semakin menjauhi ku….
Sampai bila bunga akan berkembang…
Cinta datang… dan cinta pergi…
zafran


cinta selembut sutera
manjadi kaku sekeras hatimu


apaii

cinta itu buta…sebuta cina buta…
cinta itu monyet……semonyet-monyetnya…..
cinta umpama perjudian…..antara kebahagiaan dan kekecewaan…..
cinta ibarat wabak denggi…..jika sudah dijangkiti, susah untuk disembuhi…..
cinta………
mengurangkan masa utk diri sdri……
mengurangkan ketebalan isi poket seluar……
mengurangkan kadar isipadu air liur di kala proses memujuk hati pasangan……
tapi, knapa ramai yang bercinta….yang ingin bercinta….yang suka dicintai….yang suka menyintai………
huh…..semua itu cinta palsu semata-mata…..
percayalah…..cinta sejati, cinta hakiki akan muncul tanpa dicari, tanpa diundang, tanpa perlu menghabiskan segala sisa-sisa masa dan wang yang ada……
nurul


kata pujangga cinta ibarat lagu dan irama yang tak dapat dipisah kan…
tapi bagi diriku…
cinta adalah ibarat gula dan garam….
Yang sebati dalam ramuan kehidupan….
Masin nya cinta memberi pengajaran…
Manisnya cinta membawa bersama kebahagianan…
Cinta suci….
Cinta suci adalah adunan kasih sayang yang ditambah kemesraan
Dikuarkan habuk keangkuhan
Dan ditambah pewarna kesetiaan….
Cinta sejati…
Sesuatu dari hati..
Yang tak diungkap dengan kata-kata
Tapi difahami di hati…
Cinta sejati tidak sentiasa dimiliki
Tapi bermakna mengetahui
Yang cinta itu bahagia…..
Walau bukan dengan dirinya….
Itulah keindahan cinta…..
Tak kala merisaukan sesuatu….
Takala hati mengambil berat akan sesuatu….
Dan dikala hati runsing menanti pekabaran sesuatu….
Itulah tanda cinta yang hadir tanpa anda sedari…
Cinta yang iklas dari hati yng suci…..
Wasalam…
Muizz


Cinta seikhlas hati….
Diri pasti disayangi….
Abun


Tiada cinta yang sejati…
Tiada cinta yang tulus suci…
Tiada cinta yang abadi…
Tiada cinta yang direstui…
Tiada cinta yang bahagia kekal abadi…
Tiada cinta yang kekal di sanubari..
Hanya cinta pada yang Esa diberkati..
Hanya cinta bertuankan nafsu dikejari..
Hanya cinta sebenar-benar cinta disulami keikhlasan disirami ketulusan dibanjiri kerestuan dilimpahi rahmat Ilahi akan kekal selamanya..
NISAK MAN


CINTA..
Ingin berbicara mengenai cinta,
Apa ertinya cinta dan apakah maksudnya cinta?
Pelbagai persoalan dihembur…bertanya apakah cinta yang sebenarnya?
Adakah ia sekadar mainan perasaan atau pun hanya bisikan naluri yang ingin dikasihi?
Adakah ia sekadar mengisi kekosongan hati dikala sunyi?
Adakah ia mampu memenuhi kebahagiaan yang di ingini?
Mampukah cinta memberi senyuman di kala sepi? tangisan di kala hepi?
Ternyata cinta itu buta..
Memilih sesorang hanya sekadar rupa dan dahaga
Berkata-kata manis menabur segala janji yang tiada arahnya
Perbuatan menjadi lakonan yang tidak sewajarnya
Menjadi orang lain bukan diri yang sebenarnya
Keluhan dihembur dikala sengketa..
Itu dinamakan cinta?
Cinta..
Cinta yang sebenarnya lahir dalam hati
Hati yang suci tanpa disulami kepentingan peribadi
Bukan kemanisan yang dicari
Bukan keseronokan yang dinanti
Bukan nafsu yang dituruti..

CINTA..
Cinta yang dicari adalah datang dari hati
Mencari-cari dan ternanti nanti
Cinta dikasihi cinta hakiki
Cinta ibarat menunggu bunga kembang kemudian hari
Cinta
Disulami dengan keikhlasan
Disatukan dengan kejujuran
Disertakan dengan pengorbanan
Dicantumkan dengan ketaqwaan
Maka
Kembanglah kebahagiaan
Lahirlah kesetiaan
harumlah kejujuran
terpancarlah keindahan
CINTA sejati…
Amai rockers..



Cinta datang tanpa diundang
Cinta pergi tanpa disangka
Cinta membuatkan manusia alpa
Cinta mengundang bahagia
Cinta juga mengundang sengsara
Cintalah berpada-pada
Cinta dunia hanya sementara
Cinta hakiki hanya pada Yang Esa
Hasil Nukilan & Terkilan - En. Zafir (Pegawai Pengajian Tinggi Gred DH41)


CINTA
Cinta SaktiBila lagi nak menjadi

Cinta sakti
Pandanglah di hati ku ini
SaktiBila nak terbukti
Cinta sakti
Kasihani aku yang sepi
1
Cahaya api aku tak peduli
Emas keluli aku tidak peduli
Janji lepas dari belenggu ini
Cinta saktiBila nak bersemi
SaktiMahu kau (hadir) di sisi
Tanpa muAku bekuDan tak menentu
Tujuan ku
2
Bintang pasangannya bulan
Langit pasangannya bumi
Malam pasangannya siang
Apa pasangannya mentari
3
Mari-mari
Cinta sakti
Bila nak terpatri
Sakti-sakti
Dapatkah kau nyata di sini
Pulanglah dikauKe sangkar baiduri mu
Aku kasih mu
Tanpa mu aku beku
Dan tak menentu tujuan ku
( ulang 2, 3, 1 )
SYEDPALI HENSEM….


Cinta memang bangsat
Ia ibarat sebuah jerat kehidupan berulat
Ia ibarat gelombang kekejaman termodulat
Terkapai-kapai di udara bagaikan lalat

Cinta memang gampang
Selalu diakhiri dengan pelempang penerajang
Kadangkala libasan sabit dan parang panjang
Kadangkala ia aplikasi senjata zionis setiap orang

Cinta memang pundek
Tak mengenal jantan betina panjang pendek
Semuanya bagaikan tiada noktah bertitik
Semuanya bagaikan patukan belatuk cacat di pohon betik

Sesungguhnya cinta itu memang buta
Ia ibarat ladam gangsa dijemari kuda tua
Ia ibarat pemadam ‘staedler’ dihati luka
Selalunya masam bagaikan cuka si puaka

Arghhh!!

Cinta memang macam ni
Buat diriku bermonolog sepi menyendiri begini
Buat malamku kian mengundang fajar pagi
Cilaka si Nomiey PS aku tak siap lagi!!


***ajak a.k.a bond***

Cinta
Kalimah agung bersakti

Menyatu hati yang suci

CintaKalimah agung berperi

Membawa kasih ke sisi
~mrLEI~ jiwang seh wak2 tgh kalut nie..kui3…layannn


CinTa?????

Cinta umpama kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….cinta……kadang-kadang membahagiakan..kadang-kadang menyakitkan… entahlah....cinta sukar nak ditafsirkan..bila tengah bahagia, semuanya indah...itulah nikmatnya cinta…tapi bila bergaduh, semuanya benci..tapi itu hanyalah sementara....
TAPI cube rasakan bila dah putus cinta..bila kita tengah terlalu sayangkan seseorang…ketika itu kita amat perlukan dia…adoi!!!!! cam dah xbermakna lagi hidup nie…ingatlah…kita tidak boleh menyerahkan seratus peratus hati kita pada insan yang amat kita cintai itu kerana dia belum tentu jadi hak milik kita untuk selamanya……maka cintai & sayangi lah seseorang dgn seikhlas hti.....(DiYaNa)



Terusin Bacanya......

ImPiaN dan HaRaPaN

Monday, March 30, 2009


Demi sebuah pekerjaan

Berbekalkan segunung harapan

Menongkah arus dan cabaran kehidupan

Melalui berbagai pengalaman

Mampukah aku bertahan?

Demi merealisasikan segala impian

Hanya kepada-MU sahaja tempat aku bermohon.....

Life Is sooooo beautiful......

Terusin Bacanya......

AkU InSaN TeRpiLiH...

Sunday, March 29, 2009


Aku bersyukur kerana aku insan yang terpilih
Aku terpilih untuk lahir ke dunia ini
Untuk merasai segala pahit manis isi dunia ini
Aku terpilih untuk menjadi insan paling bahagia dalam dunia ini
Dan kadang2 aku terpilih untuk menerima kekecewaan
Aku terpilih untuk menjadi insan paling berjaya dalam dunia ini
Dan kadang2 aku terpilih untuk menerima kegagalan
Aku terpilih untuk menjadi insan paling tenang dalam dunia ini
Dan kadang2 terpilih untuk menerima keserabutan dan kekusutan
Aku terpilih untuk menjadi insan yang dikelilingi ramai kawan yg best2
Dan kadang2 secara tak sengaja atau sengaja aku terpilih untuk melukakan hati kawan2 ku
Aku terpilih untuk merasai kenikmatan yg ada dalam dunia ini
Hingga kadang2 aku terleka terlupa dan lalai akan tanggungjawab aku yang sebenar sebagai khalifah di muka bumi ini
Kita selalu bertanya pada diri sendiri…KENAPA AKU?
Dan kita tidak mampu untuk menjawabnya
Kerana itu adalah rahsia ALLAH
Oleh itu….Hanya satu yg aku inginkan
Supaya sentiasa dekat dengan-NYA
Supaya aku tidak pernah merasa gelisah terpisah dan resah
Supaya aku sentiasa tenang dan bersyukur hanya kepada-NYA
Lindungilah dan berkatilah hamba-MU yang terlalu hina ini YA ALLAH

Terusin Bacanya......

KaTa-kAtA HiKmAh...

Tuesday, March 17, 2009

KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,

KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,

KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'


Tak perlu mencari teman Secantik BALQIS,

Jika diri tak Seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman Setampan YUSUF,
Jika kasih tak Setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi Seteguh IBRAHIM,

Jika tak Sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup Seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak Sesempurna RASULULLAH S.A.W,



Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,

Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI....

Terusin Bacanya......

The Puaka Team Kampung Parit Puaka

Sunday, March 8, 2009

Pada zaman dahulu kala, iaitu pada zaman pendekar hulubalang tengah top, tinggal sekumpulan anak muda di sebuah kampung dikenali Kampung Parit Puaka. Anak-anak muda ini sangat terkenal dalam kalangan gadis-gadis sunti di kampung tersebut kerana kehandalan mereka berperang dalam menegakkan keadilan dan mempertahankan keamanan kampung itu daripada diceroboh dan dijajah. Anak2 muda ini terdiri daripada 7 orang. Yang paling tua dikenali sbg Phe Phe iaitu merangkap abang long kepada yang lain. Pembantu kepada abang long ini dikenali sbg Phalie. Biasanya mereka lah yang merancang segala strategi dalam mane2 peperangan atau perampasan kuasa yg dilakukan. Golongan pertengahan pula terdiri daripada Mommaii, Poppye, Ko-Jak, dan Zack. Mereka ini merupakan tulang belakang paling kuat dalam kumpulan mereka. Yang paling bongsu dikenali sbg Sabun. Yang ni paling kecik la. Tp dah akil baligh. Cume tido tu masih duk isap jari ag. Seb bek jari tangan bukan jari kaki. Anak-anak muda ini menggelarkan diri mereka sbg “The Puaka Team”.

Pada suatu hari mereka mendapat berita bahawa kampung mereka akan diserang oleh sekumpulan lanun darat yang menggelarkan diri mereka sebagai “The Walkmen”. Maka satu mesyuarat tergempar diadakan dalam kalangan “The Puaka Team” bagi merancang strategi paling berkesan dan mantap untuk mengalahkan “The Walkmen” ini. Dengan kekuatan 4 kerat luar biasa yg mereka miliki, sebuah kubu dibina di sempadan sepanjang kampung Parit Puaka ini. Dengan kebijaksanaan yang melampau, mereka juga membina sebuah meriam besi galvani bagi mengebom pihak musuh.

Semua persediaan telah diuruskan. Hanya menunggu musuh datang menyerang. Maka pada suatu tengah hari yang agak panas, tiba2 mereka ternmpak suatu cahaya biru datang dari arah bertentangan dgn kampung mereka.

Phe Phe : Hamba rasa itu pasti musuh kita.
Phalie : Tapi kenapa ia berwarna biru? Hamba rasa tak logik musuh kita berwarna biru. Kenapa ia tidak berwarna coklat. Hijau atau pink?
Ko-jak : mungkin sebab mereka baru habis bermandi manda di laut biru...cam pernah hamba dengar perkataan tu.....ooooooo.....itu Harum Biru.....
Zack : Wowww....laut biru....kat laut biru pasti ade cewek....
Poppye : huh? Awek.....kat mane?Lentik x? Solid ke....mantap ke tak?
Mommaii : Maktab mane plak ni? Musuh da nk datang la tu...cepat bersediaaaaa...
Sabun : Orang ckp mantap dia tibai maktab plak.....
Phe Phe : Dah..dah...dah...ape tuan hamba sume merepek ni...skang ni xde masa dah kite nk makan kerepek...Fokus pada matlamat serangan skang...
Phalie : Betul tu....aku tanye pasal warna biru je...yg hang sume boleh lak elaborate smpai ke awek cewek ni pehal...
Phe Phe : Poppye ko ketuai yg lain cetuskan serangan...kite akan mulai serangan skrang jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk......
Poppye : Baiklahhhhh..........okeyyyy..........kite serangggggggggggggggggg!!!!...............sebelom tu nyanyi lagu Darah Satria lu.....

Serangan The Puaka Team...

Terusin Bacanya......

ThE FiNaL AnaLySis...

Monday, March 2, 2009


People are often unreasonable, illogical, and self-centered;
...Forgive them anyway!

If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
...Be kind anyway!

If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
...Succeed anyway!

If you are honest and frank, people may cheat you;
...Be honest and frank anyway!

What you spend years building, someone could destroy overnight;
...Build anyway!

If you find serenity and happiness, they may be jealous;
...Be happy anyway!

The good you do today, people will often forget tomorrow;
...Do good anyway!

Give the world the best you have, and it may never be enough;
...Give the world the best you've got anyway!

You see, in ThE FiNaL AnaLySis, it is between you and God;
It was never between you and them anyway!

Terusin Bacanya......