The Puaka Team Kampung Parit Puaka

Sunday, March 8, 2009

Pada zaman dahulu kala, iaitu pada zaman pendekar hulubalang tengah top, tinggal sekumpulan anak muda di sebuah kampung dikenali Kampung Parit Puaka. Anak-anak muda ini sangat terkenal dalam kalangan gadis-gadis sunti di kampung tersebut kerana kehandalan mereka berperang dalam menegakkan keadilan dan mempertahankan keamanan kampung itu daripada diceroboh dan dijajah. Anak2 muda ini terdiri daripada 7 orang. Yang paling tua dikenali sbg Phe Phe iaitu merangkap abang long kepada yang lain. Pembantu kepada abang long ini dikenali sbg Phalie. Biasanya mereka lah yang merancang segala strategi dalam mane2 peperangan atau perampasan kuasa yg dilakukan. Golongan pertengahan pula terdiri daripada Mommaii, Poppye, Ko-Jak, dan Zack. Mereka ini merupakan tulang belakang paling kuat dalam kumpulan mereka. Yang paling bongsu dikenali sbg Sabun. Yang ni paling kecik la. Tp dah akil baligh. Cume tido tu masih duk isap jari ag. Seb bek jari tangan bukan jari kaki. Anak-anak muda ini menggelarkan diri mereka sbg “The Puaka Team”.

Pada suatu hari mereka mendapat berita bahawa kampung mereka akan diserang oleh sekumpulan lanun darat yang menggelarkan diri mereka sebagai “The Walkmen”. Maka satu mesyuarat tergempar diadakan dalam kalangan “The Puaka Team” bagi merancang strategi paling berkesan dan mantap untuk mengalahkan “The Walkmen” ini. Dengan kekuatan 4 kerat luar biasa yg mereka miliki, sebuah kubu dibina di sempadan sepanjang kampung Parit Puaka ini. Dengan kebijaksanaan yang melampau, mereka juga membina sebuah meriam besi galvani bagi mengebom pihak musuh.

Semua persediaan telah diuruskan. Hanya menunggu musuh datang menyerang. Maka pada suatu tengah hari yang agak panas, tiba2 mereka ternmpak suatu cahaya biru datang dari arah bertentangan dgn kampung mereka.

Phe Phe : Hamba rasa itu pasti musuh kita.
Phalie : Tapi kenapa ia berwarna biru? Hamba rasa tak logik musuh kita berwarna biru. Kenapa ia tidak berwarna coklat. Hijau atau pink?
Ko-jak : mungkin sebab mereka baru habis bermandi manda di laut biru...cam pernah hamba dengar perkataan tu.....ooooooo.....itu Harum Biru.....
Zack : Wowww....laut biru....kat laut biru pasti ade cewek....
Poppye : huh? Awek.....kat mane?Lentik x? Solid ke....mantap ke tak?
Mommaii : Maktab mane plak ni? Musuh da nk datang la tu...cepat bersediaaaaa...
Sabun : Orang ckp mantap dia tibai maktab plak.....
Phe Phe : Dah..dah...dah...ape tuan hamba sume merepek ni...skang ni xde masa dah kite nk makan kerepek...Fokus pada matlamat serangan skang...
Phalie : Betul tu....aku tanye pasal warna biru je...yg hang sume boleh lak elaborate smpai ke awek cewek ni pehal...
Phe Phe : Poppye ko ketuai yg lain cetuskan serangan...kite akan mulai serangan skrang jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk......
Poppye : Baiklahhhhh..........okeyyyy..........kite serangggggggggggggggggg!!!!...............sebelom tu nyanyi lagu Darah Satria lu.....

Serangan The Puaka Team...

2 comments:

Unknown said...

apa ko merepek ni lahanat..

EverGreen said...

aku memang suke makan kerepek...hehehe

/baca /bye /ding /hore /joget
/kembik /love /marah /melet /mencak
/nangis /ngayal /puyeng /serem /stres

Post a Comment