AkU InSaN TeRpiLiH...

Sunday, March 29, 2009


Aku bersyukur kerana aku insan yang terpilih
Aku terpilih untuk lahir ke dunia ini
Untuk merasai segala pahit manis isi dunia ini
Aku terpilih untuk menjadi insan paling bahagia dalam dunia ini
Dan kadang2 aku terpilih untuk menerima kekecewaan
Aku terpilih untuk menjadi insan paling berjaya dalam dunia ini
Dan kadang2 aku terpilih untuk menerima kegagalan
Aku terpilih untuk menjadi insan paling tenang dalam dunia ini
Dan kadang2 terpilih untuk menerima keserabutan dan kekusutan
Aku terpilih untuk menjadi insan yang dikelilingi ramai kawan yg best2
Dan kadang2 secara tak sengaja atau sengaja aku terpilih untuk melukakan hati kawan2 ku
Aku terpilih untuk merasai kenikmatan yg ada dalam dunia ini
Hingga kadang2 aku terleka terlupa dan lalai akan tanggungjawab aku yang sebenar sebagai khalifah di muka bumi ini
Kita selalu bertanya pada diri sendiri…KENAPA AKU?
Dan kita tidak mampu untuk menjawabnya
Kerana itu adalah rahsia ALLAH
Oleh itu….Hanya satu yg aku inginkan
Supaya sentiasa dekat dengan-NYA
Supaya aku tidak pernah merasa gelisah terpisah dan resah
Supaya aku sentiasa tenang dan bersyukur hanya kepada-NYA
Lindungilah dan berkatilah hamba-MU yang terlalu hina ini YA ALLAH

0 comments:

/baca /bye /ding /hore /joget
/kembik /love /marah /melet /mencak
/nangis /ngayal /puyeng /serem /stres

Post a Comment