Wednesday, February 25, 2009
”Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhai-Nya. (Surah al-Fajr [89] : 27-28)
"Ketahuilah, bahawa dalam tubuh itu ada segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh tubuh itu. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah HATI.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
malah imam al-Ghazali pernah berkata..
“Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh sedangkan HATInya tidak mereka bersihkan dari kotoran-kotoran batin dan maksiat, padahal Allah hanya memandang HATI mereka sebagaimana firman Allah dalam surah asy-Syams ayat 7-10.”
firman Allah yang dimaksudkan oleh imam al-Ghazali itu ialah..
“Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaannya), maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” (Surah Asy-Syams [91] : 7-10)
The Heart Of A Muslim by Zain Bhikha
semoga kau tidak akan pernah merasa gelisah dan susah lagi wahai HATIku....
0 comments:
Post a Comment